Anda sudah jemu makan ketupat dan lemang bersama rendang? Apa kata anda ke Hard Rock Cafe Kuala Lumpur untuk cuba burger dan sliders yang cukup empuk dan padu. Hidangan masa terhad Locally-Carted, Globally-Inspired burger dan sliders ini sudah bermula sejak 1 Mei 2019 yang lalu dan akan tamat pada 30 Jun 2019 ini.

Terdapat 3 pilihan slider; All American Sliders, Buffalo-Style Sliders & Passion Fruit Slider dan 3 pilihan burger; Tex-Mex Cheeseburger, BBQ Cheeseburger & Double-Decker Double Cheeseburger yang anda boleh pilih. Bagaimana pula dengan rasa burger ini?

Hard Rock Cafe memang terkenal dengan menu burgernya dan pastinya setiap kepingan daging di sini dipanggang dengan teliti untuk rasa burger yang lebih padu. Kami sudah cuba dan memang betul, jus daging masih tersimpan dalam setiap kepingan daging membuatkan anda tidak mahu henti makan burger ini. Juicy dan sangat segar!

HRC 5
3 Pilihan Sliders: All American Sliders, Buffalo-Style Sliders & Passion Fruit Slider
HRC 3
Double-Decker Double Cheeseburger
HRC 4
BBQ Turkey Bacon Cheeseburger
HRC 2
Tex-Mex Cheeseburger

Saiz burger ini juga besar dan boleh dikongsi bersama rakan anda. Begitu juga dengan menu sliders ini. Jika anda mahu pengalaman makan burger dengan rasa authentic Amerika Syarikat, anda perlu singgah ke Hard Rock Cafe dan buat pesanan burger ini.

Passion Fruit Turkey Bacon Sliders dan Tex-Mex Cheese Burger merupakan menu pemenang pertandingan BurgerRocker anjuran Hard Rock Cafe. Jadi, jika anda mahu rasa yang baharu digabungkan dengan menu klasik Hard Rock Cafe, kami sarankan untuk anda cuba dua menu ini.

HRC 7

HRC 8

Menu ini tidak akan dibuat lagi selepas tarikh 30 Jun 2019. Jadi, terdapat beberapa hari lagi untuk anda cuba menu special Hard Rock Cafe Kuala Lumpur ini.

Jika anda memang pencinta burger sejati, jangan lepaskan peluang untuk mencuba menu edisi terhad Hard Rock Cafe ini. Untuk maklumat lanjut atau tempahan, anda boleh klik di sini.