Mulai diperkenalkan Apple pada tahun 2007, sudah menjadi kewajipan buat jenama ini memperkenalkan model iPhone terbaru setiap tahun pada bulan September.

Pada kali ini berikutan pandemik COVID-19, Apple mungkin menangguhkan pelancaran model iPhone terbaru mereka kepada bulan Oktober atau November. Di sebalik penangguhan yang dibuat, rekaan iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max nampaknya seolah sudah tertiris sepenuhnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

7dd8e280999660fb8435e8025762ecd4

Menerusi ura-ura terbaru, iPhone 12 Pro dijangka bakal ditawarkan dengan harga bermula daripada $999. Untuk pengetahuan, harga yang diumumkan adalah sama dengan iPhone 11 Pro sekaligus memberi bayangan model ini bakal ditawarkan dengan harga sekitar RM4,899 buat pasaran Malaysia.

Harga iPhone 12 Pro Max pula dijangka sama seperti iPhone 11 Pro Max dengan harga permulaan $1,099 dimana model ini dijangka bakal ditawarkan di Malaysia dengan harga RM5,299.

Menariknya mengenai keluaran iPhone pada tahun ini, meskipun bakal ditawarkan dengan harga yang sama seperti iPhone 11 Pro sewaktu pelancaran, kesemua model terbaru ini bakal hadir dengan ruang storan minima yang lebih tinggi iaitu 128GB. iPhone dengan ruang storan 1TB pula dijangka bakal ditawarkan dengan harga mencecah RM7,000.

Selain itu, sokongan rangkaian internet 5G beserta penawaran processor A14 Bionic dan RAM sehingga 6GB antara yang tersedia. Menerusi teknologi ProMotion, iPhone 12 Pro bakal menawarkan refresh rate sehingga 120Hz sekaligus membuatkan pengalaman menggunakan model ini kelihatan lebih lancar dan menarik.

Apple-iPhone-12-Pro-Render-Everything-Apple-Pro

Setakat ini, rekaan, spesifikasi dan harga bagi model terbaru iPhone telahpun tertiris. Sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi daripada Apple yang bakal diadakan pada bulan Oktober atau November 2020.

Menurut ura-ura yang dikongsikan sebelum ini, iPhone 12 bakal ditawarkan dengan harga sekitar RM2,749. 

Apple iPhone 12 Bakal Ditawarkan Dengan Harga Sekitar RM2,749?

Apple iPhone SE Sedia Untuk Ditempah Dengan Harga RM1,999 Bermula 11 Mei

Ini Mungkin Senarai iPhone Yang Menyokong Apple iOS 14

Sumber