Nampaknya harga Bitcoin semakin lama semakin menurun dan kemarin merupakan berita buruk buat pemain kriptowang ini dimana harganya jatuh $400 (RM 1594.80) dalam jangka masa dua jam sahaja.

Kejatuhan ini dikatakan berpunca daripada serangan siber di Pertukaraan Cryptocurrency Coinrail pada sistem mereka. Sejak hari ini, carta kriptowang terus menjunam ke $6840 (RM 27271.08) untuk setakat artikel ini ditulis. Ia juga merupakan kejatuhan terbesar semenjak 14 Mac lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Selain kejatuhan bitcoin , Ethereum (ETH) dan Ripple juga menghadapi masalah yang sama. Ethereum (ETH) pada mulanya didagangkan pada harga $600 (RM 2392.20) turun ke paras $570 (RM 2272.59) manakala Ripple didagangkan $0.64 (RM 2.55) ke $0.63 (RM 2.51).

Melihat harga wang kripto yang tidak stabil ini dan masalah serangan siber ia telah merencatkan wang ini untuk menggantikan sistem wang fiat buat masa sekarang ini.

2IN2AFAt

R5iR8GKI

XSpLvRmV

Sumber