Jika pada bulan lalu, Harga bitcoin berjaya menunjukkan perkembangan positif dan harga mencecah $20,000 (~RM79,190.00), lain ceritanya pada minggu ini dimana bitcoin mengalami kejatuhan sehingga 50% sepanjang sebulan ini.

Difahamkan isu yang berlaku di Jepun dan Korea Selatan, selaku negara yang memegang jumlah bitcoin tertinggi antara yang membuatkan kripto wang ini mengalami kejatuhan harga yang mendadak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pujb4

Setakat artikel ini ditulis, harga bagi 1 BTC adalah bersamaan $10,065.00 (~RM39,847.35). Buat para pengguna yang baru sahaja mendapatkan bitcoin pada bulan lalu ketika harganya ditahap tertinggi, kejatuhan mungkin terasa sekiranya anda bertindak untuk menjualnya.

Disebalik kejatuhan bitcoin, kripto wang yang lain ternyata turut terpalit dengan isu yang sama. Kripto wang Bitconnect antara yang mengalami kejatuhan harga yang extreme dimana orang ramai boleh mendapatkannya dengan harga 93% lebih rendah.

pexels-photo-730567
Sumber: Pexels

Melihat kepada harga wang kripto wang yang menaik dan menjunam diluar jangkaan pembeli, masihkah anda meletak harapan kripto wang ini mampu menggantikan sistem wang fiat sedia ada?

Sumber