Azizulhasni Awang atau lebih dikenali sebagai Pocket Rocketman akan mendapat kuasa tambahan bagi mengejar pungutan pingat emas di Sukan Olimpik Tokyo tahun ini.

Skuad basikal trek Malaysia telah menjalinkan kerjasama dengan Vorteq, sebuah syarikat yang mempunyai kepakaran dalam aerodinamik serta menjalankan penyelidikan dan pembangunan yang berpusat di Silverstone.

BeFunky-collage-15
HYPE
Sedap Dan Berkhasiat, Ini Cara Untuk Belanja ‘Si Meowy’ Anda Me-O Cat Lick Secara Percuma
Baca lagi →

WXR Vorteq bakal menjadi basikal rasmi Azizulhasni. Dilaporkan bahawa basikal ini mampu mencapai harga sehingga RM300,000 mengikut pesanan yang dibuat. Ia hadir dengan beberapa teknologi canggih serta badan yang direka khas dari karbon.

Basikal edisi khas ini dibuat sempena Olimpik Tokyo dan telah mendapat kelulusan dari badan pentadbir sukan berbasikal UCI.

doc78xfgsk8e87q204r73n

WXR Vorteq

WX-R-Vorteq-carbon-sprint-track-bike-Tokyo-2020-WXR-19

WXR Vorteq

WX-R-Vorteq-carbon-sprint-track-bike-Tokyo-2020-WXR-1

WXR Vorteq

Walaupun kos untuk mendapatkan basikal ini dilihat terlalu mahal. Namun bagi Azizul ia adalah salah satu cara percaturan Insitut Sukan Nasional dan Majlis Sukan Negara bagi mensasarkan pingat emas pada Olimpik tahun ini.

Azizul, juara dua kali Sukan Asia, kini menduduki tempat kedua di dunia bagi acara keirin lelaki dan dijangka membuat kempen Olimpik di Tokyo.

Berikut adalah cerita lain mengenai Azizulhasni Awang, klik pautan di bawah untuk membaca.

Biarpun Bertubuh Kecil, Ini 4 Perkara Boleh Dipelajari Daripada Azizulhasni Awang Pocketrocketman

Azizulhasni Awang Menang Gangsa Kejohanan Trek Piala Dunia Di Berlin

Azizulhasni Awang Dan Jun Hoong Dinobat Olahragawan Dan Olahragawati Kebangsaan 2017

Anda Mungkin Suka