Durian sememangnya terkenal dengan harga yang sedikit tinggi berbanding buah-buahan tempatan yang lain. Malah harganya ada yang boleh mencecah sehingga ratusan ringgit bagi jenis-jenis tertentu seperti Musang King.

Bagaimanapun, harga yang sudah sedia tinggi tidak menghalang segelintir peniaga raja buah itu untuk cuba mengaut keuntungan lebih dengan cara yang salah seperti yang dilaporkan berlaku di beberapa kawasan di Pahang ini.

IMG_0539 2
HYPE
HUAWEI WATCH FIT Dan FreeLace Pro, Dua Gadget Terbaru Yang Anda Perlu Dapatkan Untuk Melengkapkan Aktiviti Sukan Anda
Baca lagi →
Twit

GAMBAR SEKADAR HIASAN (Kredit, Twitter)

Menurut Berita Harian, tindakan tidak meletakkan tanda harga dan menjual dengan harga berbeza mengikut jenis kenderaan pelanggan yang datang untuk membeli itu diakui sendiri oleh Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pahang, Ahmad Fitri Ali.

“Harga durian akan naik dua hingga tiga kali ganda jika pelanggan yang singgah menggunakan kenderaan mewah, bertujuan mengaut keuntungan berlipat ganda.

“Bagi memastikan peniaga tamak tidak terus mengambil kesempatan, KPDNHEP melakukan pemeriksaan terhadap semua pusat jualan durian tepi jalan di negeri ini terutama di Kuantan, Jerantut, Bentong, Lipis, Raub dan Temerloh yang rancak dengan aktiviti jualan,” katanya.

Tambahnya lagi, tindakan tidak meletakkan harga durian itu adalah merupakan satu kesalahan dan peniaga boleh dikenakan RM1,000 mengikut Perintah 3 (1), Perintah Kawalan Harga (Penandaan Harga Oleh Penjual Runcit) 1993.

Malah sehingga kini empat peniaga telah pun dikompaun sebanyak RM4,000 kerana tidak mempamerkan tanda harga dan alat penimbang tidak sah.

Baca perkongsian lelaki ini bagaimana harga durian Musang King menjadi mahal dan berjaya diimport ke negara China sebelum ini. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Cara FAMA Lawan ‘Market’ Durian Dengan Thailand

Food Ranger Cuba Nasi Goreng Durian Dan Terpesona Dengan Kesedapannya

‘Pandai Menari Sambil Membuka Durian?’- Kerja Kosong Ini Mungkin Sesuai Buat Anda

Anda Mungkin Suka