Hampir dua hari dilancarkan secara rasmi, Samsung Malaysia pada harini telah mengumumkan harga rasmi bagi Samsung Galaxy Note 8. Harga yang diumumkan buat model ini adalah RM3,999 sekaligus menjadikan model ini sebagai model dengan harga tertinggi di dalam siri Samsung Note.

Dari segi spesifikasi, penyertaan S Pen dan dwi-kamera jelas, Galaxy Note 8 merupakan smartphone tercanggih anda boleh dapatkan ketika ini. Anda boleh tonton review awal MKBHD dibawah untuk mengetahui features terbaru yang tersedia pada Samsung Galaxy Note 8.

Dalam pada itu, sekiranya anda sememangnya berminat untuk mendapatkan Samsung Galaxy Note 8, pihak Samsung Malaysia turut menawarkan promosi buat mereka yang berminat untuk membuat pra-tempahan dimana anda boleh dapatkan Samsung Galaxy Note 8 dengan harga RM3,678 sahaja. Anda boleh mula membuat para tempahan bermula 5 September ini.

Selain itu, pra tempahan ini bakal membolehkan anda mendapatkan smartphone bersama beberapa barangan aksesori yang lain berharga RM567. Cover buat Galaxy Note 8, powerbank khas daripada Samsung serta Samsung protection plan antara yang ditawarkan.

Samsung Galaxy Note 8

Adakah berbaloi mendapatkan Samsung Galaxy Note 8 dengan harga RM3,999 pada pendapat anda? Kami turut mengeluarkan pendapat awal kami mengenai smartphone ini dan anda boleh membacanya di sini.