Semalam berlangsungnya pelancaran Galaxy Note9 di Malaysia selepas seminggu ianya diperkenalkan secara pertama kali di New York minggu lalu. Dua model Galaxy Note9 akan ditawarkan di Malaysia iaitu model 128GB dan 512GB.

Hanya 3 daripada 4 akan ditawarkan untuk pasaran Malaysia iaitu Midnight Black, Metallic Copper dan Ocean Blue. Ketika sesi percubaan di Axiata Arena semalam, kami merasakan warna Metallic Copper adalah yang terbaik kerana warna doodle pada skrin ketika menulis dengan S-Pen akan mengikut warna luaran Note9 yang anda pilih.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

note9 1

“Galaxy Note9 menggabungkan kuasa, produktiviti, ketahanan yang unggul, serta hiburan di dalam sebuah peranti. Dengan ciri-ciri pertahanan keselamatan yang kuat, peranti terbaru ini memenuhi setiap keperluan yang diingini. Dari merakam gambar yang hebat, sehingga pengalaman permainan yang lancar serta membuat pembentangan, Note9 ini mampu memberikan semua ini,” kata Kim Yoon Soo, Presiden Samsung Malaysia Electronics.

Samsung Galaxy Note9 hadir dengan skrin 6.4-inci SAMOLED QHD+ HDR, Exynos 9810, Android 8.1, bateri 4,000mAh memori sehingga 8GB RAM dan storan tambahan sehingga 1TB sekiranya anda memerlukan ruangan tambahan yang lebih untuk Note9 anda.

https://www.youtube.com/watch?v=rjaL94yEJME

Kamera 12+12 Megapixel satu lensa dengan bukaan f/1.5 ke f/2.4 tersedia untuk model ini. Anda mampu merakam gambar dengan lebih baik pada waktu malam serta Note9 mampu merakam gambar persis kamera DSLR.

S-Pen ikonik pada Note9 juga telah dinaik taraf dan boleh berfungsi dengan lebih baik. Antaranya jika anda mahu merakam gambar berkumpulan, anda hanya perlu menekan butang pada S-Pen ini untuk merakam gambar.

Samsung Galaxy Note9 akan berada di pasaran bermula 24 Ogos 2018 di Malaysia, pada harga yang disyorkan iaitu RM3,699 dan RM4,599 bagi model 128GB dan 512GB. Jika anda mencara telefon pintar yang lebih besar untuk kegunaan pembentangan secara on the go, ini adalah model 6.4-inch terbaik yang ada di pasaran.