Menyebut tentang GoPro mungkin ramai yang sudah cukup kenal dengan jenama kamera aksi ini. Mula dilancarkan sejak September lalu, model GoPro Fusion berjaya meletakkan dirinya sebagai model yang penuh futuristik.

Penawaran teknologi Relive Reality dengan penggunaan dua kamera 18-megapixel untuk rakaman 360 darjah antara yang membuatkan model ini tampil sebagai kamera aksi yang unik. Dalam erti kata lain, anda berpeluang merakam segala pemandangan serta melihat semula secara menyeluruh. Cool bukan?

za4g0030au-lenovo-tab-m10-hd-10-1-inch-tablet
HYPE
Lenovo Tab M10 HD, Pilihan Berbaloi Memenuhi Keperluan Anda Dengan Harga RM725
Baca lagi →

Lebih menarik model ini turut didatangkan dengan sokongan video dengan paparan sehingga 5.2K. Terbaru, pihak ALL IT hypermarket telah mengumumkan harga bagi GoPro Fusion yang hadir dengan tanda harga RM3,199. Sebuah harga yang berpadanan berdasarkan ciri-ciri yang ditawarkan.

Sekiranya anda merupakan seorang yang mahukan rakaman terbaik di setiap aktiviti extreme yang dilakukan, GoPro Fusion merupakan kamera aksi yang berbaloi anda dapatkan. Anda boleh mula membuat pra tempahan dengan klik di sini. Hadiah percuma bernilai RM300 turut ditawarkan buat pembeli terawal.

Anda Mungkin Suka