Sementara menunggu stok iPhone 14 Pro yang masih terhad ketika ini, para penganalisa sudah mula berkongsi spekulasi berkenaan siri iPhone 15 pula yang dijangka lebih berkuasa dengan tanda harga yang lebih premium.

Berdasarkan spekulasi terbaharu, seorang penganalisa menjangkakan harga iPhone 15 Ultra bakal ditawarkan dengan harga lebih mahal kerana kos penghasilan serta komponen dalaman yang lebih tinggi berbanding iPhone 14 Pro Max pada kali ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Movies Online

Difahamkan iPhone 15 Ultra ini juga akan menggantikan nama Pro Max dan menjadi model paling terunggul di dalam barisan siri 15 kelak. Dengan penjenamaan ini juga, Apple mahu membezakan model yang paling berkuasa berbanding model lain agar pengguna lebih mudah membezakannya.

Dari segi harga pula, kita boleh menjangkakan harga sesebuah iPhone 15 Ultra boleh mencecah RM6,000 untuk harga permulaan dan mempunyai harga yang lebih tinggi untuk model dengan penawaran storan yang lebih besar. Antara sebab peningkatan harga ini disebabkan oleh penggunaan cip yang lebih berkuasa, bahan binaan yang kukuh, kebolehan kamera yang mantap dan juga penggunaan USB-C.

Malah pada siri iPhone 14 kali ini, pengguna di Amerika Syarikat kini terpaksa berbelanja sebanyak 15% lebih tinggi untuk mendapatkan peranti iPhone yang terbaharu. Ditambah pula dengan kelebihan segmen Pro yang ditawarkan membuatkan ramai pengguna lebih memilih versi Pro apabila membuat pembelian iPhone 14 baharu.

Sumber