Pengumuman model terbaru serta diteruskan dengan pengurangan harga bagi model sebelumnya bukanlah sesuatu yang baru bagi Apple. Pada kali ini, sebanyak 2 model yang diumumkan dengan pengurangan harga secara serentak sewaktu aturcara Apple Keynote 2017 yang berlangsung pada malam tadi.

Model yang disebutkan adalah Apple iPhone 7 dan iPhone 6s. Melalui potongan yang dibuat secara rasmi daripada Apple, para pengguna berpeluang untuk mendapatkan iPhone 6s dengan harga RM2,249 dan iPhone 7 pada harga RM2,749.

harga iphone 7 dan 6s

harga iphone 7 dan 6s

Buat anda yang berminat untuk mendapatkan Apple iPhone 6s dan Apple iPhone 7, anda boleh lawati laman web Apple di sini.

Adakah berbaloi? Setakat ini iPhone 6s dan iPhone 7 masih mampu menjalankan memberi kepuasan buat para pengguna yang sekadar menggunakan iPhone untuk tujuan bermain game dan melayari media sosial. Sekiranya, kamera adalah keutamaan anda, mungkin iPhone 7 Plus antara yang perlu anda pertimbangkan.