iPhone SE dan iPad Pro baru sahaja diumumkan hampir 3 minggu yang lepas dan kini Apple Malaysia telah mengesahkan harga untuk dua peranti keluaran Apple ini.

iPhone SE yang dijual di US dengan harga yang bermula dengan $349 kini akan dijual pada pasaran Malaysia dengan harga RM1949 untuk model 16 GB manakala untuk model 64 GB pula harganya adalah RM2449.

iphonesearray. width=

Harga yang diumumkan Apple Malaysia ini nampaknya lebih rendah daripada sangkaan kami memandangkan iPhone 5S yang baru sahaja ditamatkan penjualan selepas pelancaran iPhone SE dijual dengan harga RM2199 pada sebelum ini.

Secara asasnya, iPhone SE merupakan model ganti kepada iPhone 5S yang mempunyai saiz skrin yang sama iaitu 4-inci serta dilengkapkan dengan spesifikasi seakan-akan iPhone 6S.

DSC03849-1

Selain itu, harga iPad Pro 9.7 diumumkan pada harga bermula dari RM2699 dan keatas berdasarkan kepada sokongan rangkaian dan storan. Pada pendapat kami harga iPad Pro 9.7 yang dikeluarkan Apple Malaysia ini bakal memberi saingan hebat kepada Microsoft Surface 3.

Sumber