Kurang lebih seminggu sebelum pelancaran rasmi Apple iPhone model terbaru, akhirnya harga rasmi bagi model terbaru iPhone kini tertiris. Bermula dengan berita ura-ura spesifikasi dan rekabentuk Apple iPhone sehinggalah kepada gambar prototaip model terbaru mereka.

Melalui laman Twitter Benjamin Geskin, beliau selaku tech reporter telah melaporkan harga jualan Apple iPhone terbaru yang bakal dijual lebih mahal berbanding sebelum ini. Jika sebelum ini, tanda harga $999 (~RM4212.28) sudah menjadi tanda harga yang sangat premium dan mahal, kini dengan harga yang sama pengguna berpeluang mendapatkan model terbaru dengan saiz storan terendah iaitu 64 GB.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dikhabarkan model terbaru turut hadir dengan tiga saiz storan yang berbeza iaitu 64GB, 256 GB dan 512 GB. Harga $1099 (~RM4633.93) dan $1199 (~RM5055.58) pula bakal menjadi tanda harga buat model 256 GB dan 512 GB.

Semuanya bakal terjawab pada 12 September ini apabila Apple mengadakan aturcara Apple Keynote 2017. Kemungkinan besar Apple bakal mengeluarkan tiga model secara serentak pada pelancaran Apple Keynote 2017 ini dengan penyertaan model iPhone 7s, iPhone 7s Plus dan iPhone 8. Memperlihatkan daripada trend sebelumnya, kemungkinan iPhone 7s dan iPhone 7s Plus bakal mengikuti trend harga iPhone 7 dan iPhone 7 Plus pada mula dilancarkan.

Adakah harga yang mahal masih mampu mendapat jualan?

harga apple iphone terbaru

Dengan usaha mewujudkan hype sejak 11 bulan yang lalu bermula dengan ura-ura skrin tanpa bezel sehinggalah kepada pembongkaran gambar tertiris, boleh saya katakan mereka sudah berjaya membuat pemasaran bermula daripada sebelum pelancaran lagi.

Segalanya ditentukan bagaimana Apple mempamerkan fungsi dan spesifikasi yang tersedia buat Apple iPhone terbaru. Dari segi hype dan pemasaran, boleh saya katakan Apple sudah menang dalam kategori ini berbanding jenama smartphone yang lain sekaligus membuatkan harga yang mahal bukan lagi suatu masalah untuk mendapatkan jualan yang tinggi. Adakah anda salah seorang daripada bakal pembeli model ini?