Sebelum ini Apple Malaysia telah berkongsi harga Apple iPhone 8 dan 8 Plus dimana harga penjualannya bermula daripada RM3649 sehingga RM4899. Harga yang diumumkan juga telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen dimana ramai menganggap harga penjualannya agak mahal.

Kurang lebih 24 jam selepas pengumuman harga iPhone 8 dan 8 Plus, harga iPhone X pula diumumkan dengan tanda harga yang pastinya lebih mahal. Apple iPhone X bagi storan 64 GB bakal mula dijual dengan harga RM5,149 manakala bagi storan 256 GB ianya bakal ditawarkan dengan harga RM5,899. Harga yang diumukan Apple buat iPhone X juga menjadikan model ini sebagai model iPhone termahal pernah dikeluarkan.

Screen_Shot_2017-10-14_at_12_26_41_PM

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Apple iPhone X, anda mungkin perlu menunggu sedikit lama sebelum iPhone X mula dijual secara rasmi di Malaysia.

Hal ini juga disebabkan masalah bekalan komponen yang tidak mencukupi sekaligus memberi peluang buat anda menabung sebelum mendapatkan model paling premium daripada Apple ini.

harga iphone x

Dengan harga pengumuman Apple iPhone X, maka jelaslah segala ura-ura sebelum ini yang mengatakan iPhone bakal dijual dengan harga melepasi RM5 ribu. Pada pendapat anda, adakah berbaloi untuk mendapatkan Apple iPhone X untuk bagi jangka masa panjang? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen dibawah.

https://www.youtube.com/watch?v=K4wEI5zhHB0

Sumber