Sekiranya sebelum ini selepas perlantikan sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo menyatakan hasrat untuk menurunkan harga jalur lebar, kini sebuah lagi pengumuman dibuat selepas rundingan bersama syarikat telekomunikasi.

Difahamkan berdasarkan rundingan yang dibuat, Rakyat Malaysia berpeluang menerima penurunan harga jalur lebar sekurang-kurangnya 25 peratus menjelang akhir tahun ini. Setakat ini pihak-pihak yang terlibat masih dalam perbincangan penetapan harga borong.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

KKMM-Minister-Gobind-01

Kemungkinan besar segala rundingan dan proses bakal berakhir sekitar bulan Julai atau Ogos sebelum orang ramai berpeluang menerima harga jalur yang lebih rendah.

Gobind Singh Deo turut mengulas penurunan harga jalur lebar ini wajar dibuat berikutan penerimaan aduan yang banyak mengenai jalur lebar beserta penawaran harganya berbanding negara-negara maju.

Harapnya proses penurunan jalur lebar ini dapat berjalan dengan lancar bagi membolehkan orang ramai mengakses internet dengan harga yang lebih rendah.