Honda Malaysia Sdn. Bhd Jun lalu menurunkan harga untuk kesemua modelnya bersempena perlaksanaan sifar cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Namun berita baik untuk anda yang mahu mendapatkan kereta jenama Honda. Menurut laman Facebook Honda Johor, harga kebanyakkan model Honda mengalami penurun sekitar RM2,000- RM4,000 bergantung kepada model.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Model yang mengalami penurunan adalah model CKD (Local Assemble) tetapi untuk model CBU (Import), harganya meningkat naik dengan agak tinggi.

Tidak pasti mengapa laman facebook Honda Johor memadam posting untuk senarai harga kereta yang bakal dijual dengan cukai SST. Adakah senarai ini masih belum final? Tetapi jika ianya sah, anda sudah boleh berkira-kira untuk membeli model idaman anda.