Umum mengetahui bahawa bermula bulan hadapan, Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) akan dilaksanakan seluruh negara. Proton menjangkakan kenderaan dari syarikat tersebut akan mengalami peningkatan harga jualan sekitar RM1,500 hingga RM3,000.

Menurut kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif, Abdul Rashid Musa, peningkatan harga tersebut berikutan dengan perubahan harga ketika perlaksanaan GST 0% sehingga akhir bulan Ogos ini. Tambahnya lagi sekiranya perlaksanaan SST sebanyak 10%, harga kenderaan Proton bakal mengalami peningkatan sebanyak RM3,000 hingga RM10,000 daripada harga GST sifar sekarang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut rekod, jualan Proton pada bulan Ogos ini mencatatkan angka yang lebih tinggi berbanding bulan lalu. Peningkatan ini dipercayai berikutan dengan faktor GST sifar yang membenarkan pelanggan mengambil peluang ini untuk memiliki kenderaan sendiri dengan harga yang rendah.

Sumber