• Syarikat penerbangan dari Indonesia, TransNusa bakal melebarkan sayap ke Malaysia dengan dua penerbangan harian bermula 14 April ini.

Menjadi pesaing baharu dalam industri penerbangan komersial negara, TransNusa menawarkan kelainan dalam segmen pelancongan sebagai pembawa perkhidmatan premium.

Terkenal dengan tawaran harga kompetitif serta perkhidmatan premium setanding syarikat penerbangan perkhidmatan penuh, TransNusa dijangka menjadi tarikan baharu dalam industri penerbangan tempatan.

Jaminan perkhidmatan terbaik

TransNusa komited menawarkan perkhidmatan terbaik secara menyeluruh kepada semua pelanggan tidak kira ketika mereka berada di dalam atau di luar pesawat.

Untuk itu, TransNusa memastikan semua penerbangannya berlepas dan mendarat di lapangan terbang antarabangsa utama sahaja.

Ini bagi membolehkan penumpang TransNusa menikmati pengalaman perjalanan selesa sepanjang masa dengan perkhidmatan serta fasiliti premium yang tersedia di terminal utama.

Dari Indonesia, pesawat TransNusa akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), manakala penerbangan dari Malaysia pula mendarat di Jakarta menerusi Terminal 3, Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta.

Bagi memenuhi permintaan tinggi dalam pasaran korporat, TransNusa memastikan semua penerbangan bagi laluan Jakarta – Kuala Lumpur – Jakarta hanya membabitkan perjalanan dalam jadual waktu penerbangan utama sahaja.

Kemudahan dalam pesawat

Dari segi kemudahan dalam pesawat, TransNusa pasti tidak mengecewakan pelanggan menerusi lima pesawat iaitu empat buah Airbus A320s dan sebuah Comac ARJ 21.

Sejak menerajui industri, TransNusa terkenal dengan tawaran ruang kaki dalam pesawat yang lebih luas untuk penumpang.

Pesawat A320s TransNusa mempunyai konfigurasi tempat duduk 168-174 yang menawarkan ruang kaki antara 30 hingga 31 inci, setanding pesawat dari syarikat penerbangan perkhidmatan penuh yang lain.

Selain itu, penumpang TransNusa juga berpeluang menikmati elaun bagasi percuma antara 15 kilogram (kg) hingga 30 kg, perubahan penerbangan tanpa had dan hidangan makanan bergantung jenis produk yang dilanggan sebelum penerbangan.

Hidangan lazat

Bagi kebanyakan penumpang, hidangan makanan dalam setiap penerbangan juga memainkan peranan penting kerana ia mungkin mempengaruhi mod sepanjang perjalanan mereka.

TransNusa sentiasa memberi keutamaan terhadap kualiti makanan serta komited memastikan semua penumpang dapat menikmati hidangan yang lazat dan menggoda selera.

Bermula dengan menu asli dari Sumatera Utara seperti nasi tradisional Padang, sehingga ke hidangan barat Chicken Cordon Bleu, semua hidangan dalam penerbangan TransNusa pasti memenuhi selera semua.

Perkhidmatan premium, harga berpatutan

Walaupun semua perkhidmatan yang disediakan berkelas premium, TransNusa berjaya memastikan harga tiket penerbangannya sangat kompetitif dalam pasaran.

TransNusa kini mempunyai dua pangkalan di Indonesia iaitu di Bali dan Jakarta dan dalam perancangan untuk menambah dua pesawat tambahan lagi bagi meningkatkan kecekapan operasi.

Selain laluan Jakarta – Kuala Lumpur -Jakarta yang baru diumumkan, TransNusa juga beroperasi setiap hari dengan 10 penerbangan antara Jakarta dan Bali serta tiga kali sehari dari Jakarta ke Jogjakarta.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai harga tiket penerbangan dan perkhidmatan yang ditawarkan TransNusa, layari www.transnusa.co.id.