Netflix sekali lagi akan menaikkan harga langganan untuk semua peringkat sebanyak 18%. Kenaikan harga dari semasa ke semasa ini bertujuan untuk pihak Netflix terus melabur untuk rancangan hiburan hebat dan akan meningkatkan keseluruhan kualiti Netflix sedia ada.

Jika sebelum ini pengguna hanya perlu membayar RM45.23 sebulan untuk Pelan Standard namun kini pengguna perlu membayar sebanyak RM53.46 sebulan untuk pelan tersebut manakala definisi ‘Basic Plan’ akan meningkat dari RM32.88 sehingga RM36.99 dan Pelan Premium pula dari RM57.57 ke RM65.80 pada kali ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ahli yang sedia ada tidak perlu risau akan kenaikan harga terbaru langganan Netflix ini kerana kenaikan harga ini hanya akan dikuatkuasakan untuk pelanggan baharu manakala buat ahli sedia ada ianya akan dikuatkuasa sekurang-kurangnya tiga bulan lagi.

Buat masa ini, kenaikan ini cuma dikenakan buat pelanggan Netflix di Amerika Syarikat. Kenaikan harga ini dikatakan akan mempengaruhi keseluruhan 40 platform pasaran di Amerika Latin sepanjang bulan yang akan datang. Pelanggan di Malaysia? Kita tunggu dan lihat sama ada pelanggan Netflix di Malaysia akan turut terkesan dengan kenaikan ini.