Tidak sampai seminggu selepas pelancaran rasmi, nampaknya Malaysia bakal menjadi antara negara terawal yang bakal menawarkan OnePlus 6 dengan set rasmi.

Model ini merupakan model flagship terbaru daripada OnePlus dan diharapkan bakal memberi saingan kepada Apple, Samsung dan Google berdasarkan penawaran spesifikasi yang menarik dengan harga yang berbaloi.

oneplus-6-hero-promo-hoyle-4

Dari segi spesifikasi, OnePlus dikuasakan dengan processor Snapdragon 845. Menariknya, OnePlus masih lagi mengekalkan 3.5mm headphone jackberdasarkan permintaan pengguna meskipun sudah banyak smartphone lain yang tidak lagi menggunakannya.

OnePlus 6 turut hadir dengan dwi-kamera yang menyertakan lensa 20-megapixel dan 16-megapixel. Pengguna turut berpeluang merakam video 4k 60fps melalui model flagship terbaru ini.

oneplus-6-hands-on-review-5-1500×1000

Berikut merupakan tiga variasi model OnePlus yang ditawarkan pada harga berbeza bagi set rasmi Malaysia oleh Mi Han:

6GB RAM + 64GB storan – RM2,399 (Mirror Black)
8GB RAM + 128GB storan – RM2,799 (Mirror Black)
8GB RAM + 256GB storan – RM3,099 (Midnight Black)

Sekiranya anda merupakan seorang peminat smartphone Android dan mahukan spesifikasi yang terbaik, mendapatkan OnePlus 6 pastinya merupakan pilihan yang berbaloi.

Sumber