Selepas Honda, nampaknya Perodua bakal mengikut jejak langkah yang sama dimana syarikat automotif ini didapati mempunyai tanda harga yang sedikit rendah selepas SST diimplemen berbanding era GST.

Berdasarkan kenyataan Pengarah Urusan Perodua Sdn Bhd, difahamkan kesemua model Perodua kini ditawarkan dengan harga yang lebih berbanding era GST dengan pengurangan sebanyak 1% hingga 3%. Berikut merupakan perbezaan harga Perodua selepas SST dijalankan.

Perodua-SST-price-list-2-850×435
Sumber: Paultan

Pihak Perodua turut mengucapkan terima kasih buat Rakyat Malaysia yang terus konsisten memberi sokongan buat jenama ini sehingga dinobat sebagai jenama kereta tempatan pilihan ramai. Selain itu, Perodua bakal turut mempertingkatkan kualiti servis selepas pembelian dengan lebih lagi selepas ini.

Buat anda yang sudah lama ingin mendapatkan Perodua Axia, Myvi atau Bezza, mungkin inilah masanya yang dinantikan dalam mendapatkan model pilihan dengan harga yang sedikit rendah.

Sumber