Siapa sangka, selepas sekian lama negara tidak mengalami penurunan harga minyak yang mendadak, minggu ini menyaksikan harga petrol dan diesel dilihat menerima penurunan harga yang banyak membuatkan orang ramai teruja.

Berdasarkan pengumuman yang baharu sahaja diumumkan Kementerian Kewangan, harga petrol RON95 telah diturunkan sebanyak 19 sen daripada RM2.08 kepada RM1.89 seliter. Harga petrol RON 97 menerima penurunan harga tertinggi sebanyak 21 sen daripada RM2.40 kepada RM2.19 seliter.

Screenshot-2020-04-02-at-6.57.37-PM
HYPE
HUAWEI Lancarkan Siri Terbaru HUAWEI P40, MatePad Pro & Watch GT 2e. Pra-Tempah Bermula Sekarang!
Baca lagi →
doc77fgubydc0w1nieynyn

Sumber: The Star

Bukan sahaja petrol, minyak diesel juga turut diturunkan sebanyak 17 sen daripada RM2.13 kepada RM1.96 seliter. Harga yang diumumkan ini bakal berkuat kuasa 7 Mac sehingga 13 Mac 2020 dimana harganya diukur melalui formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Ketahui juga penjelasan penuh lelaki ini mengenai pemilihan RON pada minyak petrol kenderaan anda.

Tonton Penjelasan Penuh Lelaki Ini Mengenai Pemilihan RON Pada Minyak Petrol Kenderaan

Sumber Minyak Petrol Dan Diesel Sama Tapi 1 Proses Ini Membezakannya

Anda Mungkin Suka