Jika pada beberapa minggu lalu rakyat Malaysia dikejutkan dengan pengurangan harga petrol sebanyak 19 sen, nampaknya minggu ini penurunan lebih mendadak dapat disaksikan melalui pengumuman yang baharu sahaja diumumkan.

Berdasarkan harga baharu yang diumumkan, harga petrol RON95 telah diturunkan sebanyak 38 sen daripada RM1.82 kepada RM1.44 seliter. Harga petrol RON 97 menerima penurunan harga tertinggi sebanyak 36 sen daripada RM2.10 kepada RM1.74 seliter.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bukan sahaja petrol, minyak diesel juga turut diturunkan sebanyak 12 sen daripada RM1.89 kepada RM1.75 seliter. Harga yang diumumkan ini bakal berkuat kuasa 21 Mac sehingga 27 Mac 2020 dimana harganya diukur melalui formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

doc77fgubydc0w1nieynyn
Sumber: The Star

Menurut kenyataan daripada Kementerian Kewangan, penurunan harga runcit produk petroleum ini adalah disebabkan trend harga minyak mentah dunia yang terus menjunam berikutan masalah ekonomi global disebabkan wabak COVID-19.

Selain itu, pihak kerajaan akan terus memantau harga minyak dunia dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat khususnya golongan B40 terpelihara.

Difahamkan harga petrol RON95 tidak mustahil dapat turun sehingga RM1.32 seliter berdasarkan harga minyak dunia semasa.

Harga RON95 Kemungkinan Turun Sehingga RM1.32 Seliter

Harga Petrol RON95 Turun 19 Sen Kepada RM1.89 Seliter