Hampir dua tahun lamanya para peminat jenama automotif negara iaitu Proton menantikan kehadiranya Proton X50. Nampaknya, penantian berakhir apabila Proton secara rasminya melancarkan Proton X50 pada hari ini.

Berdasarkan pengumuman yang dibuat sebelum ini, sebanyak empat varian bakal ditawarkan terdiri daripada Standard, Executive, Premium dan Flagship dimana semuanya bakal dikuasakan oleh enjin 1.5 liter turbo dengan tiga silinder.

2020-proton-x50-media-preview-performance-test-drive-review-72
Sumber: piston

Proton X50 turut dilengkapi dengan lampu headlamp LED, skrin sesentuh 10.25-inci beserta rim 17/18-inci mengikut varian. Fungsi yang menarik perhatian ramai sudah pastinya parking assist yang bakal membantu pengguna parkir kereta dengan mudah baik secara dari sisi tepi mahupun secara biasa.

Proton sebelum ini sudah memaparkan hampir kesemua ciri yang tersedia pada Proton X50 namun tidak pada harganya. Walau bagaimanapun, setelah lama dinantikan peminat, Proton secara rasminya mengumumkan harga Proton X50 pada hari ini.

Harga

Screen Shot 2020-10-27 at 11.18.05 AM

Berdasarkan pelancaran yang berlangsung sebentar tadi, Proton X50 bakal mula ditawarkan pada harga serendah RM79,200 bagi varian 1.5T Standard. Varian 1.5T Executive dan 1.5T Premium masing-masing ditawarkan pada harga RM84,800 dan RM93,200.

Varian tertinggi daripada Proton X50 iaitu 1.5TGDi Flagship sedia untuk dimiliki dengan harga RM103,300. Sebuah harga yang berbaloi melihatkan ciri yang tersedia pada model ini dan sudah pastinya lebih rendah berbanding model jenama pesaing.

200915-proton-x50-media-preview-02
Sumber: Soyacincau
200915-Proton-X50-First-impression-2
Sumber: Soyacincau

Harga yang diumumkan tertakluk bersama pemansuhan cukai kereta sehingga 31 Disember 2020. Pihak Proton juga turut menawarkan waranti selama lima tahun secara unlimited serta pakej data internet 1GB sebulan selama lima tahun bersama pakej servis kenderaan sebanyak lima kali sehingga 30,000km.

Apa tunggu lagi? Lawati bilik pameran Proton terdekat anda untuk melihat dengan lebih dekat model terbaru daripada jenama tempatan ini.

Tonton juga perlumbaan drag melibatkan Proton X50, BMW X1 dan Honda HR-V. Keputusan perlumbaan ini nyata membuat peminat Proton tersenyum bangga.

Tonton Perlumbaan ‘Drag’ Antara Proton X50, BMW X1 Dan Honda HR-V

Proton X50 Bakal Ditawarkan Dengan Harga Serendah RM75,800?