Sejak mula diumumkan pada tahun 2018, orang ramai nampaknya seakan tidak senang duduk dengan kehadiran Proton X50 daripada segmen compact SUV yang sedang hot ketika ini.

Apa yang lebih membuatkan orang ramai teruja, model ini dilihat sudah mula diuji di atas jalan raya sejak pada September tahun lalu sekaligus membuatkan orang ramai tidak sabar menanti pelancarannya secara rasmi.

BeFunky-collage (80)
HYPE
Nikmati Ais Krim Terbaru Paddle Pop Minions Caramel And Chocolate
Baca lagi →
115984585_3197097967049349_7431934785408681359_o

Sumber: Careta

Terbaru, tular sebuah gambar di media sosial mengenai harga Proton X50 di atas jalan raya tanpa insuran bermula daripada RM75,800. Model dengan spesifikasi tertinggi pula ditawarkan dengan harga RM28,000 lebih tinggi iaitu RM103,800.

Kemunculan perkongsian gambar ini nampaknya turut mengundang pelbagai komen di kalangan netizen. Perbezaan jurang harga antara empat varian yang ditawarkan antara yang menjadi persoalan. Walau bagaimanapun, mengulas mengenai teknologi yang ditawarkan, jelas model ini sangat berbaloi dengan harganya.

proton-x50-details-002

Sumber: The Ajerul

Proton-X50-RHD-spy-shots-06

Sumber: The Ajerul

Selain itu, terdapat juga netizen yang membandingkan harga Proton X50 yang jauh lebih rendah berbanding model-model lain dalam segmen yang sama seperti Honda HR-V.

Setakat ini, masih belum dapat dipastikan berikut merupakan harga rasmi daripada Proton atau sebaliknya. Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi mengenai pelancaran Proton X50 tidak lama lagi. Sekiranya Proton berjaya menawarkannya dengan harga seperti gambar yang tertiris, pastinya model ini bakal terjual dengan laris.

Kemas kini: Proton Cars menerusi status yang dimuat naik di Facebook telah memaklumkan harga yang tertiris ini merupakan tanda harga yang palsu. Sama-sama kita nantikan harga rasmi daripada Proton.

Tonton juga pandang pertama Geely Binyue yang bakal dijenamakan sebagai Proton X50.

Tonton Pandang Pertama Geely Binyue Yang Bakal Dijenamakan Sebagai Proton X50

Proton X50 Dengan Pemanduan Sebelah Kanan Sudah Mula Diuji Atas Jalan Raya

Anda Mungkin Suka