Lama dinantikan pengguna, akhirnya PlayStation secara rasmi pada hari ini telah mengejutkan ramai dengan pengumuman tarikh pelancaran serta harga bagi PlayStation 5 dan PlayStation 5 Digital Edition.

Berdasarkan harga yang diumumkan, PlayStation 5 bakal ditawarkan dengan harga sekitar $499 (~RM2,067) manakala PlayStation 5 Digital Edition pula bakal hadir dengan harga $399 (~RM1,653.26).

Apa yang lebih menarik, harapan orang ramai dalam menantikan PlayStation 5 pada tahun ini menjadi kenyataan apabila pihak PlayStation sedia menawarkannya seawal 12 November buat beberapa pasaran manakala pengguna di Malaysia berpeluang mendapatkannya pada 19 November 2020.

Selain daripada pengumuman harga serta tarikh pelancaran, pihak Sony turut mengumumkan seleksi game ekslusif buat PlayStation 5 yang terdiri daripada Resident Evil Village, Hogwarts Legacy, Final Fantasy XVI serta Spider-Man: Miles Morales.

Harga yang diumumkan nyata membuatkan orang ramai teruja melihatkan Sony berjaya menawarkannya dengan harga yang lebih rendah berbanding ura-ura sebelum ini.

Tanda harga buat pasaran Malaysia, berkemungkinan sedikit tinggi berbanding harga anggaran $499 (~RM2,067). Pastinya ramai yang sudah tidak sabar untuk mendapatkan konsol generasi baharu ini.

Sebelum ini, pihak Sony telah mengumumkan PlayStation 5 menawarkan prestasi 100 kali lebih pantas berbanding PlayStation 4.

Sony Sahkan PS5 100 Kali Lebih Pantas Berbanding PS4

Saiz Sebenar Sony PlayStation 5 Ternyata Lebih Besar Daripada Sangkaan Ramai