Setiap pengeluar kereta ada menghasilkan model kereta varian paling basic spec sekali, khas buat pengguna yang mahukan kereta itu digunakan untuk bergerak dari titik A ke titik B sahaja.

Baru-baru ini seorang pengguna Twitter @meinmokhtar berkongsi pengalaman berada di dalam kereta Perodua Axia spec basic.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Beliau terkejut apabila melihat kereta kompak itu betul-betul sangat basic sehingga kekurangan beberapa ciri yang ada pada spec basic untuk model kereta lain.

Tiga gambar dikongsikan oleh akaun Twitter itu menunjukkan kereta tersebut tidak mempunyai meter RPM, butang penghawa dingin dan pemegang siling untuk penumpang.

Hantaran ciapan itu menjadi perbualan netizen. Rata-rata ramai turut sama terkejut apabila melihatkan ciri-ciri asas yang ditawarkan untuk model kereta berkenaan.

Netizen turut berpendapat dengan harga sebanyak RM40,000 itu, pengguna boleh dapat full spec model kereta lain yang jauh lebih besar dan selesa berbanding kereta Axia basic itu.

 

Apa-apa pun, login masuk aplikasi bank masing-masing dan tengoklah kemampuan diri sendiri.

Pada masa yang sama, jangan sebabkan mahu ‘terlalu berjimat’, sampai bahayakan keselamatan diri dengan mengabaikan ciri-ciri safety yang mampu mengurangkan risiko kemalangan.

Maklum balas daripada orang ramai ketika ini, mungkin pengeluar kereta tempatan boleh take note dalam penghasilan kereta asas mampu milik pada masa akan datang.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.