Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata harga jualan runcit rokok akan dinaikkan pada bulan hadapan berikutan perlaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) berdasarkan Peraturan 8A Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

Beliau menjelaskan bahawa perlaksanaan SST menyebabkan beberapa bahan yang tertakluk dalam Peraturan A dinaikkan kepada harga yang termaktub sekarang. Oleh itu, harga jualan runcit turut dinaikkan dalam masa tiga minggu lagi. Tambah beliau lagi berikutan dengan perlaksaan SST ini pihak Kementerian Kesihatan sedang menyelaraskan kelulusan harga rokok terkini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sebelumnya, JT International Berhad (JTI Malaysia) telah mengumumkan kenaikan harga rokok yang akan dikuatkuasakan bermula 1 September nanti selaras dengan perlaksanaan SST. Kali terkahir harga rokok dinaikkan adalah pada tahun 2015 berikutan perlaksanaan GST, kos inflasi dan kenaikan eksais rokok.

Baca lagi: Kawasan Luar Restoran Diwartakan Sebagai Tempat Larangan Merokok