Pada minggu lalu, orang ramai seakan terkejut apabila harga bagi petrol dan diesel turun secara mendadak yang menyaksikan petrol RON 95 susut 19 sen kepada RM1.89.

Penurunan harga yang drastik ini dijangka akan terus menurun berikutan perang harga di antara pengeluar minyak utama dunia iaitu Arab Saudi dan Russia.

Berdasarkan laporan daripad MIDF Research, harga runcit bagi minyak petrol RON 95 berkemungkinan bakal diturunkan sehingga RM1.32 seliter jika purata harga penanda aras minyak mentah Brent berada pada harga $35 (RM148) setong sekaligus bakal menjadi sejarah harga minyak terendah sepanjang beberapa dekad.

doc73hoqjqs74y13jkk28we
Sumber: The star

Di sebalik penurunan harga minyak yang secara literalnya mengurangkan beban pengguna, penurunan ini juga bakal memberi kesan negatif kepada Malaysia memandangkan Malaysia merupakan negara pengeksport minyak.

Berdasarkan kesan perang harga yang berlaku baru-baru ini, kerajaan yang baharu dibentuk ini dijangka bakal menyemak semula Belanjawan 2020 dan kemungkinan besar terdapat pengurangan perbelanjaan dan pelaburan kerajaan.

Pada minggu lalu, harga petrol RON95 turun 19 sen dan dijangkakan bakal terus turun pada minggu ini. Ketahui juga penjelasan penuh lelaki ini mengenai pemilihan RON pada minyak petrol kenderaan anda.

Harga Petrol RON95 Turun 19 Sen Kepada RM1.89 Seliter

Tonton Penjelasan Penuh Lelaki Ini Mengenai Pemilihan RON Pada Minyak Petrol Kenderaan