Sekiranya sebelum ini ramai yang berpendapat harga rumah akan terus meningkat serta kalis daripada inflasi, nampaknya perkara ini tidak berlaku pada tahun ini di Kuala Lumpur selepas didapati beberapa kediaman di bandar ini mengalami penurunan harga jualan.

Data yang diambil ini dipetik daripada penyelidikan firma hartanah global, Knight Frank dimana kediaman di Kuala Lumpur mengalami penurunan sebanyak 0.6 peratus dalam tempoh suku ketiga 2017 hingga suku ketiga 2018.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber: Propsocial

Difahamkan faktor ekonomi semasa antara yang membuatkan orang ramai orang ramai mengelak untuk mendapatkan rumah ketika ini. Perkara ini sekaligus membuatkan pihak bank lebih berhati-hati dalam menawarkan pinjaman buat para pengguna.

Buat pihak pemaju, dapat dilihat pelbagai inisiatif telah dilakukan dalam menarik perhatian orang ramai untuk mendapatkan rumah dengan menawarkan beberapa hadiah menarik sehingga terdapat pemaju yang sanggup menawarkan kereta dengan setiap pembelian.

Lot15entrance
Sumber: edgeprop

Untuk pengetahuan anda, harga maksimum bagi rumah mampu milik di Malaysia adalah sekitar RM282,000. Ini adalah cadangan Bank Negara Malaysia. Namun begitu, hanya 21% rumah yang dibina pada 2017 adalah rumah berharga RM250,000 ke bawah.

Melihat kepada perkembangan ekonomi semasa serta jumlah rumah tidak terjual yang semakin meningkat, mungkin sudah tiba masanya para pemaju menawarkan rumah dengan harga mampu milik yang masih lagi mempunyai permintaan yang tinggi dikalangan pengguna berbanding rumah dengan tanda harga RM1 juta.

Baca lagi: Sime Darby Property Sedia Tawarkan Rumah Tidak Terjual Dengan Harga Lebih Rendah

Sumber