Sejak pandemik tiba, dapat dilihat beberapa projek rumah yang dibangunkan gagal mendapatkan pembeli sekaligus membuatkan hartanah tersebut terpaksa diturunkan harganya.

Dalam pada itu, lain ceritanya dengan tahun 2022 di mana harga rumah di Malaysia dijangka akan meningkat 3% pada 12 bulan akan datang dan akan terus melonjak kepada 12% bagi tempoh 12 bulan berikutnya. Selain itu, pasaran sewa dijangka akan turut menunjukkan pertumbahan daripada sebanyak 1% hingga 8% dalam tempoh yang sama.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
kashif_1_resized
Pengasas Bersama dan Ketua Eksekutif Kumpulan, Kashif Ansari. Sumber: Retalk Asia

Menurut Pengasas Bersama dan Ketua Eksekutif Kumpulan, Kashif Ansari, peningkatan harga rumah ini didorong oleh prestasi ekonomi Malaysia yang dijangka akan lebih baik menerusi pembukaan semula ekonomi serta pengekangan pandemik.

Berdasarkan prestasi semasa, pembeli rumah pertama dilihat aktif dalam pembelian rumah iaitu 35% daripadanya merupakan transaksi rumah baharu manakala 31% lagi merupakan transaksi subjualan sepanjang separuh pertama 2021.

Untuk pengetahuan, kajian yang dibuat Kashif Ansari ini mengambil kira pendapat daripada 400 responden yang terdiri daripada ejen hartanah di mana 56% daripadanya bersetuju pembeli rumah pertama akan terus mendominasi pembelian rumah pada baki tahun 2021.

Sebelum ini tular isu rumah bernilai RM300,000 dengan keluasan 900 kaki persegi yang dilabel sebagai rumah mampu milik. Isu ini sekaligus telah menjadi pertikaian para netizen.

Rumah RM300,000 Dengan Keluasan 900 Kaki Persegi Dilabel Sebagai Rumah Mampu Milik

Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Peribadi Rugi 6 Angka Beli Hartanah

Harga Rumah Di Malaysia Sangat Tidak Mampu Milik Menurut Bank Negara Malaysia

Sumber