Rumah sememangnya menjadi keperluan buat orang ramai sebagai tempat untuk berteduh dan menetap dalam menjalani kehidupan seharian. Dalam pada itu, aset yang sering dimomokkan untuk didapatkan seawal mulai bekerja sebagai simbol kejayaan ini nampaknya semakin sukar untuk didapatkan.

Harga rumah yang semakin meningkat dengan banyak dan pantas sekaligus membuatkan impian graduan muda untuk memiliki rumah semakin kabur. Malah, mereka yang berjaya mendapatkannya terpaksa berdepan dengan bayaran ansuran yang tinggi setiap bulan beserta komitmen sehingga 35 tahun.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Slide1-4-1024×576
Sumber: Ekonomi rakyat

Menerusi laporan yang dikeluarkan oleh Pusat Informasi Hartanah Negara (NAPIC), harga rumah di Malaysia dilaporkan telah meningkat hampir 100% dari tahun 2010 sehingga tahun 2020. Secara puratanya, rumah yang ditawarkan pada tahun 2010 bernilai RM217,857 sudah mempunyai nilai RM429,877 pada tahun 2020.

Peningkatan ini sekaligus membuatkan harga rumah meningkat sebanyak 7.1% secara purata setiap tahun sekaligus lebih tinggi daripada kadar inflasi negara.

COVID-19 jejaskan pasaran hartanah dalam negara

2902936 – image of brand new real estate for sale in malaysia.
Sumber: iproperty

Seperti yang ramai sedia maklum, kehadiran pandemik telah membuatkan sejumlah besar individu kehilangan kerja sekaligus tidak dapat meneruskan kehidupan dengan baik.

Hal ini membuatkan pasaran bagi rumah baharu turut terjejas serta menurun berikutan jumlah pembeli yang berkurangan. Difahamkan meskipun harga rumah diturunkan, jumlah pembeli yang rendah antara yang turut memberi impak khususnya buat hartanah yang mempunyai tanda harga yang tinggi.

Meskipun pelbagai inisiatif sedang diusahakan ketika ini, diharap penawaran rumah mampu milik dapat ditawarkan dengan harga yang lebih kompetitif dalam memudahkan orang ramai berpeluang mendapatkannya khususnya buat pembeli rumah pertama.

Sementara itu, dilaporkan harga rumah di Malaysia dijangka meningkat sebanyak 12% bermula tahun ini sehingga tahun 2023 ini.

Harga Rumah Di Malaysia Dijangka Meningkat Sehingga 12% Menjelang Tahun 2023

Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Peribadi Rugi 6 Angka Beli Hartanah

Rumah RM300,000 Dengan Keluasan 900 Kaki Persegi Dilabel Sebagai Rumah Mampu Milik