Seperti ramai sedia maklum, harga di Malaysia sememangnya sangat tinggi dan terus meningkat secara purata membuatkan orang ramai terpaksa bekerja keras serta membuat pembiayaan dalam tempoh yang pinjaman yang panjang dalam mendapatkan kediaman yang kondusif.

Meskipun kehadiran pandemik COVID-19 memberi kesan kepada harga rumah, laporan terbaru nyata menunjukkan sebaliknya di mana harga rumah di Malaysia berpeluang meningkat sehingga 20%.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi perkongsian Penganalisis Ekonomi UniKL Business Prof. Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid, kenaikan harga rumah ini berlaku disebabkan peningkatan harga bahan binaan.

Sumber: facebook berita kontraktor

Sebagai rekod, harga simen dilaporkan meningkat 12.2% kepada RM20.89 bagi 50 kilogram manakala harga bar keluli turut meningkat 20% dengan purata RM3,910 bagi satu tan.

Peningkatan harga binaan ini secara tidak langsung bukan sahaja memberi kesan kepada rumah di bawah seliaan pihak pemaju malah kepada mereka yang mahu membina rumah sendiri menerusi kontraktor terpilih.

Gambar sekadar contoh. Sumber: eperumahan

Presiden Persatuan Perunding Hartanah Muslim Malaysia (PEHAM), Ishak Ismail memaklumkan kenaikan harga rumah sehingga 10% setiap tahun antara yang berpotensi untuk berlaku jika tiada kawalan serta tindakan atau polisi daripada pihak kerajaan. Kenaikan ini bakal menyaksikan rumah kos rendah tidak lagi ditawarkan di bawah RM200,000 menjelang tahun 2025.

Selain itu, penarikan insetif Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT) antara yang bakal meningkatkan lagi permintaan pembelian kediaman. Kenaikan ini mungkin memberi sedikit kelegaan buat mereka yang sudah memiliki hartanah serta mahu menjualnya namun buat golongan yang baru sahaja mahu mendapat kediaman, pastinya sedikit sukar dalam mendapatkan hartanah mampu milik.

Tular pada minggu lalu apabila lelaki ini meluahkan rasa kecewa selepas sudah tiga kali membuat laporan berikutan renovasi jiran yang beri kesan kepada kediaman beliau.

Dakwa Sudah Tiga Kali Buat Laporan, Renovasi Rumah Jiran Beri Kesan Kepada Kediaman Lelaki Ini

Hanya Kerana Sewakan Rumah Selama 3 Bulan, Pemilik Rumah Di Singapura Ini Didenda RM3.69 Juta

Kesal Beli Rumah Tanpa Ilmu, Wanita Ini Terpaksa Bayar Hak Milik Strata Berjumlah RM15,000

Sumber