Dengan pelbagai telefon pintar pada hari ini, bentuk telefon yang hadir adalah lebih kurang sama antara satu sama lain. Jika anda balik sedekad yang lalu, telefon pintar flip Motorola Razr merupakan telefon paling popular, kemudian telefon touchscreen iPhone hadir mendominasi pasaran dunia. Daripada trend ini, Samsung telah melakukan satu kejutan dengan menjadi syarikat pertama memperkenalkan rekaan bahagian tepi skrin yang melengkung.

Samsung Galaxy Note Edge hadir dengan rekaan bahagian tepi skrin yang melengkung mempunyai perlbagai fungsi seperti memaparkan informasi aplikasi, jam dan tarikh, notifikasi dan lain-lain. Paparan skrin yang melengkung ini juga boleh digunakan untuk mengakses pelbagai aplikasi yang sering digunakan anda, hanya slide ke kiri untuk memaparkan paparan full skrin aplikasi tersebut.

Untuk spesifikasi, Samsung Galaxy Note Edge hadir dengan paparan skrin 5.6-inci Super AMOLED, cip pemprosesan empat-teras Snapdragon 805 2.7GHz, memori 3GB RAM, simpanan dalaman 32GB dimana boleh diperluaskan melalui mikro-SD, kamera belakang 16-megapixel manakala kamera hadapan 3.7-megapixel dan menggunakan sistem operasi Android 4.4.4 KitKat serta TouchWiz UI.

Samsung GALAXY Note Edge akan mula dijual di kesemua cawangan pengedar rasmi Samsung pada 6 Februari 2015 dengan harga seunit RM 2999 sahaja.