Akhirnya teka teki mengenai harga penjualan Samsung Galaxy S8 dan S8 Plus buat pasaran Malaysia terjawab selepas seminggu dilancarkan kepada umum pada 30 Mac 2017 di New York.

Samsung Galaxy S8 bakal mula dijual dengan RM3299 manakala Samsung S8 Plus yang hadir dengan saiz skrin yang lebih besar bakal mula dijual dengan RM3699. Masing-masing bakal mula dijual pada 5 Mei 2017 ini seluruh Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pengguna bukan sahaja bakal menerima sebuah smartphone, malah Samsung Malaysia turut menawarkan beberapa free gift berharga buat para pengguna.

Screen protector, wireless charger serta powerbank 5100mAh antara yang disediakan. Selain itu, pengguna turut didaftarkan bersama Samsung Protection Plus membolehkan smartphone anda mendapat pelindungan skrin selama 1 tahun jaminan daripada sebarang kerosakan mahupun retak.

Dalam pada itu, jika anda ke Korea Selatan dan China, anda mungkin berpeluang untuk mendapatkan Samsung Galaxy S8 dengan spesifikasi tertinggi pernah dibuat dengan penyertaan 6 GB RAM dan 128 GB. Alangkah baiknya jika Samsung memasarkan spesifikasi ini ke seluruh dunia bagi meningkatkan penjulan smartphone keluaran mereka.

Berdasarkan pujian orang ramai mengenai skrin terbaru Samsung Galaxy S8, kami tidak sabar menantikan adakah smartphone ini berjaya mengembalikan kepercayaan orang ramai terhadap jenama ini atau tidak selepas insiden yang berlaku pada tahun lepas.

Buat anda yang berminat untuk mendapatkan Samsung Galaxy S8 anda boleh membuat pra tempahan di kedai rasmi Samsung Malaysia bermula 11 April 2017 sehingga 13 April 2017 ini ataupun mendaftar secara online di sini.

Baca lagi: Ulasan Penuh Vocket Mengenai Samsung Galaxy S8 Yang Baru Sahaja Dilancarkan

Sumber