Sebut sahaja Jerman, pasti anda sudah terbayang keindahan alam semulajadi dan penuh bersejarah. Antara tempat menarik di Jerman seperti Berlin, Hamburg, Munich dan lain-lain.

Perkampungan Fuggerei di Jerman menawarkan sewa rumah paling rendah di dunia iaitu €0.88 (~RM4.17) setahun dan tidak pernah dinaikkan sejak tahun 1521.

BeFunky-collage (80)
HYPE
Nikmati Ais Krim Terbaru Paddle Pop Minions Caramel And Chocolate
Baca lagi →
Augsburg-Fuggerei-16-gje

Sumber: wikimedia

1ccbc80f2bc527b38d5aac5c771ddc7e

Sumber: pintrest

Untuk pengetahuan anda, perkampungan Fuggerei ini merupakan kawasan penempatan orang-orang miskin di Augsburg ketika itu dan telah diasaskan oleh Jakob Fugger, seorang lelaki kaya.

Difahamkan, sewa di sana masih sama seperti mereka yang sewa pada awal-awal pembukaan. Pastinya ada daripada anda yang terasa ingin menetap di sana selepas mendengar berita ini, bukan?

nptvmofxetgtzumi3ftu

Sumber: thelocal.de

shutterstock_500436157-durch-plusone

Sumber: PlusOne @ Shutterstock

Walaupun penempatan ini diberikan kepada mereka yang memerlukan tetapi terdapat beberapa syarat yang dikenakan. Syarat-syarat kelayakan untuk mendaftar agar dapat menetap di sini adalah mereka haruslah Catholic dan warganegara Augsburg.

Jika didapati layak, anda harus komitmen berdoa untuk kesihatan dan kemakmuran keluarga Fugger tiga kali sehari dan terdapat ‘curfew’ pada jam 10 malam. Anda yang melancong ke Jerman boleh datang berkunjung ke muzium dengan bayaran masuk sebanyak €4.00 (~RM18.45) sahaja.

Sementara itu, di Netherlands terdapat perkampungan unik yang anda harus kunjungi. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Perkampungan ‘Fairytale’ Giethoorn Village Di Netherlands Yang Ramai Tidak Tahu

Ini Sebab Mengapa Wujudnya Kampung Jawa Di Bangkok, Thailand

Selepas 25 Tahun Terbiar, Highland Tower Bakal Dibangunkan Semula

Anda Mungkin Suka