Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Alexander Nanta Linggi dalam sidang dewan rakyat hari ini mengumumkan harga siling bagi pelitup muka akan diturunkan kepada RM1 sekeping berbanding RM1.50 ketika ini.

Langkah itu menurut beliau adalah bagi meringankan beban orang ramai yang kini diwajibkan memakai pelitup muka di tempat awam dan tumpuan ramai bermula 1 Ogos lalu.

IMG_0539 2
HYPE
HUAWEI WATCH FIT Dan FreeLace Pro, Dua Gadget Terbaru Yang Anda Perlu Dapatkan Untuk Melengkapkan Aktiviti Sukan Anda
Baca lagi →

“Harga semasa pelitup muka akan terus diturunkan di bawah paras 95 sen sekeping di peringkat pemborong dan RM1 sekeping di peringkat runcit.

“Kita bersedia untuk turunkan lagi kepada paras harga yang lebih rendah pada masa akan datang,” katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Pengumuman itu sudah pastinya menggembirakan banyak pihak terutamanya golongan ibu-bapa sebelum ini yang perlu membekalkan pelitup muka buat anak-anak yang bersekolah.

Menurut laporan Berita Harian, kenyataan oleh menteri KPDNHEP itu diberikan bagi  menjawab soalan Chong Chieng Jen (DAP-Stampin) mengenai rasional peningkatan harga maksimum pelitup muka daripada RM0.80 sen sekeping ke RM1.50 sekeping.

Peraturan wajib memakai pelitup muka di tempat awam baru-baru ini menimbulkan perdebatan dalam kalangan netizen apabila pelajar dikatakan dikompaun hanya kerana tidak memakai dengan betul. Baca mengenainya di pautan di bawah. 

“Nasihat Dulu Bukan Terus Saman” – Netizen Cadangkan Orang Ramai Tidak Terus Dikompaun

Gara-Gara Minta Pakai Pelitup Muka, Pekerja Kedai Makan Di Kuching Kena Tampar Dengan Pelanggan

Pemakaian Pelitup Muka Di Tempat Awam Diwajibkan Bermula 1 Ogos

Anda Mungkin Suka