Sebut sahaja nama motosikal ‘Yamaha RX-Z’, terus terbayang harganya yang tidak masuk akal. Lebih-lebih lagi apabila ada segelintir pihak cuba menjual motosikal tersebut pada harga puluhan ribu ringgit atas sebab rare dan sukar dicari pada waktu sekarang.

Baru-baru ini orang ramai mempertikai beberapa pemilik cover set motosikal Yamaha RX-Z menawarkan barangan tersebut pada harga RM9,500 sehinggalah RM12,000.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber Gambar: Facebook Jualan Coverset Original Yamaha RXZ Sahaja
Sumber Gambar: Facebook Jualan Coverset Original Yamaha RXZ Sahaja
Sumber Gambar: Pemilik Cover Set Yamaha RXZ 3BS
Sumber Gambar: Pemilik Cover Set Yamaha RXZ 3BS

“Kalah membeli, menang memakai. Kecaman itu lumrah,” itulah hashtag yang digunakan oleh pemilik cover set Yamaha RX-Z bagi menunjukkan harga sebenar nilai barangan rare tersebut.

Orang ramai tetap mempertikaikan harga tinggit tersebut yang tidak boleh dibawa berbincang. Netizen mengganggap tidak berbaloi untuk mengeluarkan sejumlah wang besar hanya untuk mendapatkan kira-kira 7 barangan original Yamaha RX-Z.

Sumber Gambar: Facebook Jualan Coverset Original Yamaha RXZ Sahaja
Facebook Jualan Coverset Original Yamaha RXZ Sahaja
Facebook Jualan Coverset Original Yamaha RXZ Sahaja
Facebook Jualan Coverset Original Yamaha RXZ Sahaja

Bagaimanapun, tidak mustahil akan ada segelintir pihak yang membeli cover set itu walaupun harganya sudah pun mencecah belasan ribu ringgit memandangkan Yamaha RX-Z itu sendiri sukar dicari apatah lagi aksesori asli motosikal tersebut.

Baca lagi ‘kegilaan’ orang ramai yang sanggup membayar harga tinggi bagi mendapatkan motosikal Yamaha RX-Z ini melalui pautan di bawah.

Pemuda Ini Dikecam Selepas Iklankan Motosikal RX-Z Dengan Harga Mencecah RM70,000

Jelajah Seluruh Negara Cari Alat Ganti, Pemuda Ini Buka Mulut Cabaran Bina Semula RX-Z RM70,000

‘Tidak Ada Niat Nak Jual’ – Pemilik Yamaha RX-Z Keluaran 1985 Tolak Tawaran Penjualan RM50,000

Sumber