Setelah hampir dua bulan senyap tanpa khabar berita selepas melakukan comeback pada tahun ini, akhirnya Nokia dibawah kendalian HMD Global bakal mula memasuki pasaran Malaysia. Model Nokia 3310 yang ‘mati hidup kembali’ ini juga nampaknya antara yang bakal dijual. Cool!

Berdasarkan sumber yang dilaporkan, telefon Nokia 3310 versi terbaru ini bakal mula dijual dengan harga RM189. Sebuah harga yang mampu milik pada pendapat kami memandangkan telefon ini mampu menyokong ketahanan bateri sehingga hampir sebulan.

Dua lagi smartphone keluaran Nokia iaitu Nokia 6 dan 6R masing-masing bakal dijual dengan harga RM899 dan RM1299. Apa yang membezakan kedua-dua smartphone Nokia ini adalah Nokia 6 disertakan dengan RAM 3GB dan 32GB storage. Nokia 6R tampil dengan spesifikasi yang sedikit tinggi dengan penggunaan RAM 4GB dan 64GB storage.

Pada pendapat kami, harga penjualan Nokia 6 dan 6R ini sedikit tinggi memandangkan kedua-duanya sekadar menggunakan chipset Snapdragon 430 yang pada kami tidak terlalu berprestasi tinggi.

Walaubagaimanapun, dengan kekuatan jenama dan juga kekukuhan smartphone itu sendiri, kami yakin kesemua telefon keluaran Nokia ini bakal mendapat sambutan yang baik di Malaysia berdasarkan ‘peminat lama’ yang ramai.

Setakat ini, harga yang diumumkan cuma dilaporkan sebagai ura-ura dan kemungkinan akan sedikit berbeza apabila harga yang rasmi daripada Nokia Malaysia diumumkan. Adakah anda salah seorang yang masih yakin dengan jenama legend ini?

Buat anda yang mengharapkan smartphone high spec daripada Nokia, penantian anda mungkin bakal berakhir beberapa bulan lagi kerana Nokia pada ketika ini sedang dalam proses terakhir sebelum mengeluarkan smartphone yang bakal menjadi pencabar jenama-jenama besar seperti Apple dan Samsung.

Sumber