Sejak daripada dahulu lagi, sudah menjadi kebiasaan buat sesetengah pengguna untuk mengkaji terlebih dahulu jenama dan model yang mahu dimiliki dalam mengetahui lebih lanjut harga penjualan semula selepas beberapa tahun penggunaan.

Kaedah yang digunakan ini secara tidak langsung membolehkan pengguna elak daripada kerugian yang besar berikutan perbezaan yang besar daripada jurang harga telefon pintar baharu dengan beberapa tahun selepas penggunaan.

Terbaharu, SellCell tampil mengeluarkan sebuah analisis dengan membandingkan telefon pintar keluaran Apple, Samsung, Google, Sony dan LG keluaran 2018 serta harga terpakai yang boleh didapati kini.

SmartPhone-Depreciation-Study-2020-1024×652
Sumber: Sellcell

Berdasarkan analisis, didapati Apple iPhone berjaya menjadi jenama dengan harga terpakai yang terkukuh berbanding jenama-jenama lain. Meskipun ditawarkan dengan harga yang sedikit rendah berbanding model-model lain, iPhone XR berjaya mengalami penurunan harga terendah iaitu sebanyak 53.2% sepanjang dua tahun.

Dua jenama yang mengalami penurunan harga tertinggi adalah Sony dan LG menerusi model Sony XZ2 Premium dan LG G7 ThinQ. Kedua-dua model ini masih boleh didapatkan di Shopee dengan harga berbaloi.

Selain itu, berdasarkan laporan yang dikongsikan, pengguna iPhone dilaporkan lebih tinggi kecenderungan untuk upgrade ke iPhone baharu setiap dua tahun berbanding pengguna Android.

Lihat juga perbandingan saiz iPhone 12 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi dengan model iPhone 7 dan SE.

Lihat Perbandingan Saiz iPhone 12 Berbanding Model iPhone 7 Dan SE

Apple Dijangka Perkenalkan Macbook Dengan Harga Terendah Dalam Sejarah

Sumber