Pastinya ramai yang teruja dengan pembukaan taman tema yang berkonsepkan Star Wars yang akan dibuka di Disneyland California. Akan tetapi, bersempena dengan pembukaan taman tema tersebut, harga kemasukan untuk sehari akan dinaikkan dari harga asal $135 (~RM555) kepada $150 (~RM600).

Langkah ini diambil oleh pihak Disney kerana ingin memberikan perkhidmatan dan menyajikan kepuasan yang lebih baik kepada pengunjungnya. Malah, pembukaan taman tema baharu yang berkonsepkan Star Wars pastinya akan menarik lebih ramai pengunjung baharu.

Star Wars: Galaxy’s Edge bakal memberi pengalaman baharu buat peminat setia Star Wars di mana mereka dapat menaiki kapal Millennium Falcon, menyertai simulasi perlawanan serta makan di kantin sambil dilayan staf berpakaian watak Star Wars.

Peningkatan harga ini dilihat tidak akan menghalang peminat Star Wars untuk ke Disneyland apabila taman tema Star Wars berkenaan siap sepenuhnya pertengahan tahun ini. Disneyland menarik 18.3 juta pengunjung pada tahun 2017 menjadikannya taman tema kedua paling banyak dilawati selepas Magic Kingdom di Orlando, Florida.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.