Firma penyelidikan ekuiti pengangkutan Asia, Crucial Perspective menjangkakan akan berlakunya kenaikan harga tiket penerbangan kedua-dua syarikat penerbangan negara iaitu Malaysia Airlines dan AirAsia.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Crucial Perspective Corrine Png, kenaikan yang bakal berlaku ini disebabkan oleh peningkatan harga minyak dunia. Kenaikan harga minyak sebanyak 40% sejak setahun lalu bukan sahaja membabitkan harga tiket penerbangan di negara ini sahaja bahkan juga syarikat penerbangan di seluruh dunia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk pengetahuan harga bahan api dunia, telah berlaku peningkatan dalam tempoh tersebut sebanyak USD73 setong. Tambah beliau lagi, kenaikan harga tiket oleh kedua-dua syarikat tersebut adalah bagi menampung kos bahan api bagi mengelakkan kerugian mendadak. Dijangkakan kedua-dua syarikat tersebut bakal menaikkan harga tambang sehingga 10% daripada harga biasa.

Sumber