Tesla memperkenalkan sebuah trak elektrik “Tesla Semi” dengan keupayaan swapandu pada 16 November. Syarikat itu sekarang telah mendedahkan harganya iaitu $150,000 (RM617,250) untuk versi 300-mile dan $180,000 (RM740,700) untuk versi 500-mile. Selain itu terdapat juga versi “Founders Series” yang bakal dilancarkan pada harga $200,000.

Menurut The Verge, kebanyakkan trak diesel berharga $120,000 (RM493,800) dan menelan kos operasi berpuluh ribu setahun. Tesla mengatakan “Semi” akan membantu menjimatkan penggunaan minyak sebanyak $200,000 (RM823,000).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pembangunan kereta elektrik Tesla menumpukan kepada dua kategori iaitu untuk kerja penghantaran barang dan pengangkutan untuk orang urban. Untuk kerja penghantaran barang, versi 500 mile dijangka akan menggantikan 80% trak tradisional dalam pasaran. Antara syarikat besar yang sudah membuat tempahan trak elektrik Tesla ialah JB Hunt Transport dan gergasi pasaraya Walmart. Dengan harga jualan sebegini “Semi” mampu menjadi pengacau dalam industri lori dan trak.

Sumber