Smartphone mampu milik dengan processor Snapdragon 820 kini diumumkan dengan harga lebih rendah. Jika sebelum ini Xiaomi Mi 5 dijual pada harga RM1,549, kini ada boleh dapatkannya dengan harga RM1,399 sahaja. Harga yang sangat rendah berdasarkan spesifikasi yang ada pada telefon ini.

14729249_1239735432749668_2594147007102855433_n

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk pengetahuan anda, pengumuman harga terbaru Xiaomi Mi 5 adalah disebabkan kehadiran telefon flagship terbaru daripada Xiaomi iaitu Mi 5s. Sekitar Februari 2016, kami pernah menulis ulasan awal kami mengenai Xiaomi Mi 5.

Baca lagi: Xiaomi Lancarkan Mi 5 Dengan Rekaan Premium Serta Harga Yang Berpatutan

Jika anda bertanya saya, adakah masih berbaloi untuk dapatkan telefon yang sudah hampir 8 bulan di pasaran, jawapan kami ‘ya, sangat berbaloi’. Sukar untuk mendapatkan telefon yang mempunyai build quality dan spesifikasi yang ‘power’ dengan harga setanding Xiaomi Mi 5.

Buat anda yang berminat untuk mendapatkan Xiaomi Mi 5, Lazada antara yang terawal untuk menawarkan promosi terbaru daripada Xiaomi ini. Anda boleh mendapatkan Xiaomi Mi 5 dengan RAM 3GB dan 32GB storage disini.

Sumber