Rakyat Malaysia sering menjadikan Korea Selatan destinasi pilihan untuk melancong. Terdapat pelbagai tempat menarik untuk diterokai seperti Seoul, Jeju, Busan, Pohang dan banyak lagi.

Berikutan pelancong dari Malaysia sering ke Korea Selatan, beberapa papan tanda di sana kini tampil menggunakan bahasa Melayu. Menakjubkan, bukan? Perkara tersebut dikongsikan oleh pengguna Facebook Zakaria Azizi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Screenshot 2020-01-20 at 10.31.49 PM

Pastinya ini akan memudahkan pelancong Malaysia untuk mencari arah dan mendapatkan maklumat dengan lebih mudah. Usaha ini pastinya satu inisiatif yang baik dan pastinya dapat menarik lebih ramai pelancong Malaysia ke Korea Selatan.

Difahamkan pihak Institut Terjemahan dan Buku Malaysia yang telah menterjemah bahasa untuk papan-papan tanda tersebut. Usaha itu telah bermula sejak tahun lalu lagi.

Screenshot 2020-01-20 at 10.48.07 PM

Berikutan itu, rata-rata netizen cukup berbangga dengan usaha tersebut dan dengan adanya penterjemahan tersebut akan memudahkan mereka untuk melancong ke sana kelak.

Screenshot 2020-01-20 at 10.52.38 PM

Screenshot 2020-01-20 at 10.53.28 PM

Adakah anda turut berbangga apabila bahasa Melayu kini sudah digunakan pada papan tanda di Korea Selatan? Apa pendapat anda mengenai inisiatif ini?

Jika anda ingin ke Korea tetapi tidak tahu ingin ke mana, anda boleh klik pautan di bawah untuk ketahui tempat menarik di sana.

5 Lokasi ‘Hidden Gem’ Di Pulau Jeju Yang Ramai Tidak Tahu

7 Destinasi Menarik Yang Buatkan Busan Digelar ‘Hidden Gem’ Korea

AirAsia Membawakan Perkhidmatan Dompet Digital Tersendiri Dikenali Sebagai ‘BigPay’