Pada 5 Disember lalu, Majalah Kreko mengumumkan bakal menamatkan operasi mereka secara rasmi selepas bertapak lebih 20 tahun dalam industri komik di Malaysia.

Sumber: Odisi.my

Bagi memberi penghargaan kepada peminat-peminatnya, Komik Kreko mengumumkan akan mengadakan kempen tahunan mereka, Show Off LOCK COMIC bagi meraikan peminat dan penyokong setia komik ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bermula 1 Januari ini sehingga akhir Februari 2020, #KempenShowOffLC20 untuk kali ketiga ini akan menyediakan ruangan khas untuk peminat Kreko berkongsi koleksi masing-masing di Hobi@Kreko.

Bukan itu sahaja, di sini juga, peminat Kreko boleh bertukar-tukar pendapat tentang koleksi, tip penyimpanan dan memelihara koleksi serta macam-macam lagi berkenaan dengan hobi dan minat mereka.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh dapatkan di laman Facebook LOCK COMIC dan laman Facebook Kreko: Komik Remaja.

Awal bulan ini, Majalah Kreko mengumumkan sah menghentikan operasi mereka di atas beberapa faktor. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Selama 20 Tahun Bertapak di Malaysia, Majalah Kreko Umum Sah Henti Operasi

Selepas Comics House, Syarikat Terjemahan Komik ‘Tora Aman’ Pula Akan Gulung Tikar