Loceng berbunyi, kali ini kuat, nyaring dan sedikit bingit. Jalan sunyi, jadi gundah. Tiba-tiba terasa suasana terasa murung. Ada sayu diulu hati. Ada kenangan yang dibawa pergi.

Hari ini luar biasa, 75 tahun sudah berlalu sejak jatuhnya bom atom di Hiroshima. Loceng yang berbunyi tadi adalah tanda bahawa lebih 140,000 nyawa telah hilang sejak kali pertama ia jatuh.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Hari ini, 6 Ogos 1945, adalah kali pertama bom atom jatuh menghinggap bumi Jepun. Bom yang dihantar oleh Amerika Syarikat telah mengorbankan ramai orang dan kesannya terasa sehingga sekarang.

Tiga hari kemudian, bom atom kedua dijatuhkan di Nagasaki. Dua minggu kemudian, Jepun menyerah dan Perang Dunia II berakhir.

Acara memperingati lebih 140,000 mangsa kerakusan manusia tetap berlangsung walaupun diganggu dengan wabak COVID-19 yang telah melanda seluruh dunia.

Perdana Menteri Shinzo Abe dan Datuk Bandar Hiroshima duduk bersama=s-sama dengan mangsa bom atom, selain itu kaum kerabat mangsa juga turut hadir berkumpul di sebuah taman yang dijuluki dengan nama Taman Damai.

“Pada 6 Ogos 1945, bom atom menghancurkan bandar kita. Khabar angin ketika itu mengatakan bahawa tidak ada yang dapat tumbuh di sini selama 75 tahun. Namun, Hiroshima pulih [dan kini] menjadi simbol kedamaian.” “kata Datuk Bandar Kazumi Matsui.

Amerika Syarikat menjatuhkan bom pertama – bernama ‘Little Boy’ – di Hiroshima pada 6 Ogos 1945. Serangan ini menandakan sebagai kali pertama senjata nuklear digunakan dalam perang.

Lebih 70,000 orang dipercayai maut serta merta akibat daripada ledakan bom atom yang telah merosakkan bandar. Puluhan ribu lagi mati disebabkan kesan radiasi bom atom selama berbulan-bulan.

Akibat daripada kedegilan Jepun untuk menyerah kalah, satu lagi bom atom dijatuhkan. Kali ini ia digelar sebagai Fat Man, dijatuhkan di Nagasaki yang mempunyai jarak 420 kilometer dari Hiroshima.

Direkodkan seramai 140,000 orang meninggal dunia di Hirsohima yang mempunyai populasi penduduk seramai 350,000. Manakala Nagasaki pula telah mengorbankan 74,000 orang.

Disebabkan itu, Jepun akhirnya menyerah kepada tentera sekutut pada tahun yang sama. Perang di Asia juga berakhir setelah jatuhnya dua bom atom yang mengoyak hampir separuh daripada negara Jepun.

Terdahulu, pada 1 Ogos 2020 telah menjadi tanda 30 tahun Iraq menyerang Kuwait. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Mengenang Kembali Pencerobohan Iraq Ke Atas Kuwait Pada 30 Tahun Yang Lalu