Ramai terkejut sewaktu pengumuman Hari Raya Aidilfitri dibuat di layar televisyen semalam.

Ada sebahagian rakyat Malaysia yang sedang memandu pulang ke kampung, ada juga yang tengah solat terawih, sebahagian yang lain pula sedang sibuk membeli belah di saat-saat akhir.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mana tidaknya, sebahagian daripada kita berkira-kira bahawa Aidilfitri tahun ini akan jatuh hari Selasa, namun tiada siapa sangka yang raya akan jatuh pada hari ini.

Keributan yang tidak disengajakan ini telah membuatkan penganut Muslim di Malaysia berada dalam keadaan panik.

Mereka yang masih ditempat kerja terus pulang ke kampung. Ada juga yang menyerbu pasar basah untuk mencari daging atau ayam untuk juadah esok. Manakala sebahagian terpaksa akur kerana tiket penerbangan mereka jatuh pada hari esok.

Berikut adalah gelagat rakyat Malaysia apabila diberitahu bahawa esok raya.

Raya tahun ini boleh dikatakan paling riuh setelah dua tahun terpaksa beraya jauh dari keluarga akibat pandemik COVID-19.

Semua orang pasti teruja untuk bersama dengan keluarga, namun bagi yang tidak sempat akibat daripada kejutan raya tahun ini, tidak apa, masih ada masa untuk anda.

Rayakan sebulan.

Raya saya berubah apabila berkahwin dengan orang jawa. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Raya Saya Berubah Apabila Berkahwin Dengan Orang Jawa

8 Persoalan Yang Bakal Berlegar Di Otak Anda Ketika Kali Pertama Beri Duit Raya

Sedih Tak Dapat Balik Kampung? Meriahkan Hari Raya Anda Dengan 5 Cara Ini