Hari Raya Aidilfitri tetap diraikan dengan meriah semalam walaupun persiapan dibuat secara ‘last minute’ dan boleh dikatakan ramai yang ‘kalut’ di malam Raya. Setakat hari ini, bagaimana sambutan Hari Raya anda?

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @farahwen telah memuat naik sebuah video yang memaparkan ‘tragedi Raya’ yang berlaku kepadanya iaitu baju raya miliknya tertumpah kuah sate.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.tiktok.com/@farahwen/video/7093061788811529498?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7049159328120784386

Menerusi perkongsian tersebut, Farah mengatakan bahawa dirinya tidak sempat bergambar bersama keluarga dengan busana itu dan kesan kuah sate tidak akan hilang pada busana sutera itu.

Tambahnya, busana yang dipakainya berharga RM20,000 dan hal ini menyebabkan Farah berasa sedih. Perkongsian tersebut mendapat perhatian orang ramai dan rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi.

Para netizen memberikan beberapa cadangan untuk Farah membersihkan kesan kuah sate itu dan juga mengatakan tidak wajar untuk dirinya mendedahkan harga busananya seperti itu.

Malah, rata-rata netizen juga berseloroh mengatakan bahawa jika bukan disebabkan kuah sate, pasti ramai tidak tahu harga harga baju tersebut. Para netizen turut mengatakan bahawa rugi beli pakaian yang mahal tetapi hanya boleh dipakai sekejap sahaja.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Pakar Jangka Harga Ayam Akan Naik, Bakal Semahal Daging Lembu

‘Hari Raya Paling Kalut’ – Lihat Gelagat Rakyat Malaysia Terkejut Aidilfitri Datang Awal

Perdana Menteri Umum Cuti Hari Pekerja Secara Automatik Dianjak Ke Rabu Ini