Johnny Depp terpaksa akur apabila tewas kes fitnah terhadap akhbar The Sun dan editor eksekutif Dan Wootton dalam satu pertempuran undang-undang yang panjang. Dia kini perlu membayar ganti rugi dalam bentuk kos undang-undang kepada News Group Newspapers.

Dalam keputusan mahkamah, Hakim Andrew Nicole mengatakan walaupun Depp telah “menunjukkan unsur-unsur yang diperlukan untuk kes fitnah,” terdakwa juga telah menunjukkan, “apa yang mereka terbitkan dalam erti kata terbabit adalah benar.”

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jurucakap The Sun berkata, “The Sun telah berdiri dan berkempen untuk mangsa penderaan rumah tangga selama lebih dari dua puluh tahun.

“Mangsa penderaan rumah tangga tidak boleh dibungkam dan kami mengucapkan terima kasih kepada Hakim atas pertimbangannya yang teliti dan berterima kasih kepada Amber Heard atas keberaniannya dalam memberikan bukti kepada pengadilan.”

Fakta Kes

Kes ini berkisar mengenai kebenaran atau fitnah disebalik sebuah artikel yang diterbitkan dalam akhbar The Sun di mana Depp digelar sebagai ‘pendera isteri’ dan diputuskan oleh mahkamah berdasarkan prinsip balance of probabilities, satu standard pembuktian dalam kes sivil.

Perlawanan selama tiga minggu melibatkan Depp dan The Sun telah mendapat perhatian seluruh dunia pada bulan Julai di Mahkamah Tinggi di London, di mana The Sun sebelum ini telah mendakwa bahawa pelakon berusia 57 tahun itu telah memukul isterinya ketika itu, Amber Heard.

Bagi pihak The Sun, mereka mengaku telah melihat ‘bukti yang luar biasa’ bahawa Depp telah memukul Heard yang berusia 34 tahun, namun tuduhan itu disangkal oleh Depp.

Depp dan Heard diberi peluang untuk memberikan bukti perbicaraan selama 16 hari, yang akhirnya membuka setiap rahsia hubungan mereka yang diakui bergelora serta kisah-kisah mengenai keganasan kejam dan hubungan intim.

Selama beberapa jam berada di kandang saksi, Depp dilaporkan turut menjawab soalan mengenai gaya hidupnya – minuman keras dan dadah – serta tuduhan keganasan rumah tangga, Depp tetap konsisten menolak tuduhan yang dibuat oleh The Sun.

Kenyataan peguam

Peguam Depp mengatakan bahawa, “Apa yang penting bagi Depp adalah membersihkan namanya dari tuduhan-tuduhan buruk ini, yang terus berlanjutan seperti yang telah terjadi selama empat tahun terakhir.

“Ketika saya mengatakan bahawa dia telah kehilangan segalanya, ia bermaksud reputasinya. Ini bukan soal wang, tetapi soal kebenaran,” katanya.

Sasha Wass QC, peguam News Group Newspapers, memberitahu mahkamah bahawa tidak ada keraguan bahawa Mr Depp secara teratur dan sistematik menganiaya isterinya. Dia menambahkan, “Ciri-ciri bahawa dia adalah pemukul isteri adalah benar.”

Depp juga telah mengemukakan tuntutan berasingan terhadap Heard atas fitnah di dalam sebuah kolum yang ditulis olehnya. Artikel itu diterbitkan di Washington Post, dan Depp menuntut $ 50 juta.

Reaksi orang ramai

Sejak keputusan mahkamah keluar, kebanyakan peminat yang mengikuti rapat kes ini jelas tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah. Salah seorang pengguna Twitter menyatakan bahawa Hakim telah berpihak kepada orang yang salah.

Pengguna itu turut mengkritik Hakim yang menyatakan bahawa tidak menjadi masalah jika Amber memukul atau mendera Depp, “Ini adalah mesej yang jelas : jika mangsa keganasan rumah tangga itu lelaki, tidak menjadi masalah.”

Salah seorang pengguna Twitter pula berkata bahawa, “Johnny Depp didera oleh isterinya. Kemudian dia didera oleh orang ramai. Sekarang dia telah didera oleh sistem pengadilan.”

Untuk rekod, Depp dilaporkan akan merayu terhadap keputusan mahkamah, dalam satu ciapan daripada wartawan Chanel4News, Minnie Stephenson melaporkan bahawa peguam Depp berkata mereka akan merayu kerana wujud kecacatan dalam keputusan hakim.

Terdahulu, sebuah rakaman audio telah tular didakwa sebagai bukti bahawa Johnny Depp menjadi mangsa keganasan Amber Heard. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Rakaman Audio Adalah Bukti Johnny Depp Jadi Mangsa Keganasan Amber Heard

Johnny Depp Diburu Warner Bros Untuk Bawa Watak Joker

Selepas Dibuang Oleh Disney, Peminat Mahu Lihat Johnny Depp Dalam One Piece